Followers

Tuesday, October 12, 2010

cinta.kasih.sayang

Tak usahlah sebut pasal cinta,
jika kau tidak sebenar-benarnya mengambil kisah.

Tak usahlah bercakap tentang perasaan,
jika ia tidak berada di hati.

Tak usahlah merujuk ke dada,
jika kau berhasrat melukakan hati pasanganmu.

Tak usahlah sebut cinta abadi,
jika ada dihatimu untuk berpisah.

Tak usahlah memandang matanya,
jika kau berbohong padanya.

Tak usahlah sebut Hello,
jika kelak kau mengucapkan selamat tinggal.

Tak usahlah katakan dia satu-satunya,
jika ada orang lain di sisi.

Tak usahlah kunci hatinya,
jika kau tiada anak kunci untuk membukanya kelak.

Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

No comments:

Post a Comment

others thought:

Pages

post yg da bersawang

Related Posts with Thumbnails