Followers

Friday, March 25, 2011

kisah 4 orang pemuda cari harta karun


kisah ada kena mengena dengan gambar di atas.._ikhsan en.google_

di sebuah kedai kopi, ade empat orang pemuda tengah lepak-lepak goyang kaki-minum kopi-main dam haji... mereka ku beri nama, A,B,C dan D... sedang elok mereka bersuka ria sambil tengok raja lawak di kedai kopi tersebut, mereka telah didatangi oleh seorang uncle tua yang aku gelarkan dirinya PakCik Misteri. lantas mereka kehairanan, apakah sebab-musabab pakcik nie menghala ke arah mereka.

tanpa pamitan, pakcik MESTERI mengeluarkan sesuatu dr briefcase yang di bawanya.. dengan muka yang serius tambah kehairanan yang menggunung tinggi setinggi gunung tahan.. mereka
berdebar-debar menantikan apakah yang hendak diberikan oleh Pakcik Mesteri ini kepada mereka.. jeng-jeng-jeng... lub-dub-lub-dub-ahhh(tetibe ade murmur plak).. dan ternyata, apa yang dikeluarkan oleh pakcik tersebut ialah sebuah, eh silap sekeping peta harta karun... tanpa sedar pemuda berempat melonjak kegirangan...dan sepantas kilat merampas peta tersebut dari pakcik MISTERI..

oleh kerana harta karun tersebut berada disebuah pulau. mereka telah decide nak menaiki sebuah sampan.. setelah main air-batu-burung untuk mementukan kedudukan di atas sampan, dan untuk menentukan siapa si pendayung sampan, A duduk dihadapan, diikuti oleh B, C, dan D. D bertindak sebagai pendayung sampan sepanjang perjalanan mereka ke pulau tersebut.

oleh kerana mereka pergi mencari harta karun tanpa mendengar briefing sdikit pown dari pakcik MESTERI, mereka dengan penuh yakin menuju ke arah pulau tersebut tanpa menoleh kebelakang.

di pertengahan perjalanan, tiba-tiba air mula berkocak dan terdapat sedikit pusaran di tengah lautan tersebut, A yang berada di hadapan sekali suadah mula cuak. selang beberapa saat, muncul sesuatu daripada dasar laut....
dan riaksi mereka:
A- weh korang, ade buaya.. lari-lari.. (dengan nada cemas)
B- ape ade buaya???, pkul je kpale dy (dgn nada yakin dan sangat berani)
C- korang pasti ke itu buaya?? rilex laa.. kita tengok dulu apa yang keluar tu..(dengan nada paling cool dan rilex yang korg bleh rase)
D- buaya?? ape lagi tangkap ar, boleh kita jual buat beli 'barang' baru.

persoaln disini, kenapakah di sebuah sampan yang sama, situasi yang sama kita punya pandangan yang berbeza?? dan siapakah sebenarnya si A, B, C, dan D???..

kalau korang nak tau, kisah nie telah diceritan oleh seorang patient yang group ktorg interview kat ospital smalm plus aq tambah2 sket bagi penyedap rase.. hehe.. sowi ar en.patient saya amek cerita awok wat iktibar n pengetahuan kawn2 saya... ^^

sebenarnya::
A- seorang penghisap ganja, mereka berperangai selalu curiga dan cepat cuak.
B- pemabuk, mereka ini akan bertindak berani yang berlebihan apabila mabuk, so korang jgn berani dekat2 dgn pemabuk, kerana mereka berani buat apa sahaja.
C- ambik syabu, bak kata owg, mereka nie 'stim' or khayal di dunia mereka sendiri.. mereka bersikap 'cool' dan sgt rilex, sbb tu polis selalu tangkap owg amek syabu, jrg tangkapp owg amek ganja..
D- amek dadah..mcm IV drug user.. mereka bersikap mata duitan, kerana mereka telah menghamba diri kepada dadah, dan mereka takut mereka kehabisan bekalan dadah, untuk beli dadah yang harganya mahal, mereka akan berusaha dengan apa cara sekalipon sama ada baik atau jahat, untuk mencari duit.

so, apa yang korang dapat pelajari di sini adalah.. pandangan setiap manusia nie lain2..
n as a becoming doc, i need to know type of drug that they use, method of taking the drug sbb lain jenis dadah lain kesannya kat badan.. so how i have to learn it?? adakah eqa perlu berkawan dengan penagih2 dadah??? ^^

p/s: saya berniat nak buat karangan ala-ala format SPM tapi sudah terbiasa menggenakan bhasa2 pasar.. sehingga lupa format karangan sebenar.. harap maaf
sowi la entry nie sgt panjang.. hehe^^

No comments:

Post a Comment

others thought:

Pages

post yg da bersawang

Related Posts with Thumbnails