Followers

Tuesday, July 10, 2012

Kampung halaman and 1 Malaysia


Here I am. In my kampung…(sebenarnya kau tulis masa kat kampung, dah balik bandar baru boleh update blog.. hehe)

Dulu ramai orang gelak bile sebut, nama kampung apa? Kampung aku nama kg parit madirono.. (then, aku rasa korang pown akan ade yang berkerut dahi.. ape laa nama kampung, jawa habisan,..) tapi aku bangga kowt, MADIRONO tu moyang aku, atuk ayah aku.. so, ayah aku pown agak rapat la dengan Arwah moyang aku tu,, hebat tak moyang aku, siap ada kampung lagi.. ayah kata, dia memang asal dari jawa, and datang tanah melayu untuk teroka hutan2 yang belum diteroka and jadilah kampung.. so, dipendekkan cerita, 1 kampung nie semua ada bau2 bacang-longan-kuini ngan keluarga kitorang… hehe (ayah aku kata, moyang aku datang sini berenang.. tipu tak??)

aku berjaya buat puding gula hangus.. hehe

So, tadi bangun2 tido aku baru relies that aku memang duduk kat kampung beneran.. haha.. pagi2 bangun subuh, ayam berkokok + burung berkicau yang kejut aku.. mana tak nya ayam sekor tu berkokok betul2 kat tepi tingkap bilik, lagi kuat dengan bunyi alarm.. haha.. ayam nie bagus betul dah memang macam alarm laa start pukul 6 pastu snooze setiap seminit sampai pukul 7 (aku pown tak tau ayam mana ntah datang rumah nie, bukan rumah aku ade bela ayam pown.. ayam hutan kowt) then pukul8 pown masih berkabus.. wahhh.. sejuk jerr kan. Padan la adik aku boleh tido sampai pukul11  pagi.. ish3..

Pastu aku ade terpikir, time sekolah kecik2 dulu cikgu ajar lukis kampung, ade bukit, sawah padi, rumah kayu siap ngan tangga, pokok kelapa, ade laut.. hahaha.. aku rasa 1 malaysia budak2 lukis macam tu kan, or korang tak? (barulah 1 Malaysia kan) tapi kalu orang Holland mesti dyorang lukis kincir angin, kalau orang newzealand mesti lukis kadang lembu kannn.. (macam mana nak lukis lembu?? Hihi) maybe tu je la yang paling senang nak lukis time umur kecik macam tu.. padahal kat pontian nie mana ada sawah padi, bukit.. masa tu sawah padi pown tak pernah Nampak real depan mata, budjet je lukis kan.. abes tu tak kan nak lukis lading nanas dengan kelapa sawit? (sampai sekarang aku pown tak pandai lukis kalau macam tu..) hahaha..
hahaha.. ade tak korang lukis macam nie masa zaman2 tadika dulu??

Comeeelll…

p/s: sudah masuk year 4.. aku harus menjadi lebih matang, matang akal fikiran dan juga behaviour..
 "we have to change the world"- from Mr Dean :) 
mari doakan sama2 agar saya berjaya mengharungi hari-hari yang mendatang dengan rahmat dan perlindungan dariNya... aminn..

tq for reading~

No comments:

Post a Comment

others thought:

Pages

post yg da bersawang

Related Posts with Thumbnails